Friday, October 17, 2008

Smbungan jugak....

    Marcapada,perkataan bebeh kini telah berkembang dari segi maksud.Hal ini demikian kerana pada 14 Oktober 2008 yang lalu,ku berjumpa dengan Datuk Fadzilah Kamsah,perunding motivasi,di Universiti Islam Antarabangsa.Ku berdebat dengannya tentang perkara yang semakin serius ini.

    Selepas beberapa jam berdebat,akhirnya ku mempersetujui dengan perkembangan maksud bebeh.Kini,perkataan bebeh juga bermaksud seseorang yang banyak berjasa kepada kita.Oleh itu, anda bolehlah menggunakan perkataan ini untuk memanggil ibu atau ayah anda.

    Selain itu,bebeh ini juga dapat digunakan sebagai Bahasa Malaysia.Oleh itu,anda gunalah perkataan ini yang membawa maksud orang yang kita kasihi,orang yang banyak berjasa dan orang yang baru dilahirkan untuk karangan bagi ujian Bahasa Malaysia anda.Perkataan ini bukan sahaja menjolok mata pemeriksa malah,perkataan ini dapat menambahkan markah peperiksaan Bahasa Malaysia anda.Hal ini tidak seharusnya kita perbodohkan kerana anda boleh mendapat 'A' untuk Bahasa Malaysia daripada gred 'D'.

    Sekali lagi ku memohon maaf jikalau kata-kataku di atas menyakiti hatimu atau mempunyai unsur-unsur pembohongan.Sebenarnya,ini kali pertama ku memohon maaf jadi,usah peduli dengan perkataan sekali lagi itu.Ku juga ingin memohon maaf jika karangan ini sungguh membosankan.Akhir kata,semoga kita bertemu lagi di lebaran yang lain.
Sekian.

Friday, August 29, 2008

Smbungan....(tpksa di atas p'mintaaan ramai)

hayyaaa...aku rase mls arr...
Oleh sebab terpaksa,ku harus menempuhi hidup yang dipenuhi onak dan bebeh..Adakah anda faham dengan ayat tersebut?Mari kita bincang tentang ayat tersebut.Ayat tersebut persis ditakrifkan sebagai aku harus menempuhi hidup yang dipenuhi onak dan duri.Kesimpulannya,bebeh di dalam rancangan kali ini telah membawa maksud duri.

Akhir sekali,kita sudah pun tiba di penutup rancangan.aku memohon maaf di atas segala kesilapan bahasaku (kalau ada tersalah ejaan dan kesalahan bahasa).Ku akhiri rancangan ini dengan serangkap pantun:

Jumpa bebeh di tepi longkang,
Di tepi longkang ada bebeh,
Jangan tinggalkan dia berseorang,
Nanti dapat minum teh.

Pantun ini hanyalah rekaan semata-mata.Tidak kena mengena antara si hidup dan si mati.

Sunday, July 6, 2008

Cerita Tentang Bebeh

           Bebeh persis ditakrifkan sebagai ungkapan yang amat bermakna bagi seorang yang baru dilahirkan.Sebagai contoh,Amir mengatakan "bebeh" kepada anaknya yang baru dilahirkan.Selain itu,bebeh juga merujuk kepada seseorang yang kita sayang.Sebagai contoh,Ahnaff memanggil ibunya bebeh dan ayatnya "adik,bebeh suruh adik pergi mandi"kata Ahnaff.

           Mutakhir ini,bebeh telah mencapai sebanyak 1367 jumlah orang yang menggunakan perkataan ini.Orang tidak henti menggunakan perkataan bebeh ini kerana perkataan ini merupakan perkataan yang amat merugikan jika anda tidak menggunakannya.