Friday, October 17, 2008

Smbungan jugak....

    Marcapada,perkataan bebeh kini telah berkembang dari segi maksud.Hal ini demikian kerana pada 14 Oktober 2008 yang lalu,ku berjumpa dengan Datuk Fadzilah Kamsah,perunding motivasi,di Universiti Islam Antarabangsa.Ku berdebat dengannya tentang perkara yang semakin serius ini.

    Selepas beberapa jam berdebat,akhirnya ku mempersetujui dengan perkembangan maksud bebeh.Kini,perkataan bebeh juga bermaksud seseorang yang banyak berjasa kepada kita.Oleh itu, anda bolehlah menggunakan perkataan ini untuk memanggil ibu atau ayah anda.

    Selain itu,bebeh ini juga dapat digunakan sebagai Bahasa Malaysia.Oleh itu,anda gunalah perkataan ini yang membawa maksud orang yang kita kasihi,orang yang banyak berjasa dan orang yang baru dilahirkan untuk karangan bagi ujian Bahasa Malaysia anda.Perkataan ini bukan sahaja menjolok mata pemeriksa malah,perkataan ini dapat menambahkan markah peperiksaan Bahasa Malaysia anda.Hal ini tidak seharusnya kita perbodohkan kerana anda boleh mendapat 'A' untuk Bahasa Malaysia daripada gred 'D'.

    Sekali lagi ku memohon maaf jikalau kata-kataku di atas menyakiti hatimu atau mempunyai unsur-unsur pembohongan.Sebenarnya,ini kali pertama ku memohon maaf jadi,usah peduli dengan perkataan sekali lagi itu.Ku juga ingin memohon maaf jika karangan ini sungguh membosankan.Akhir kata,semoga kita bertemu lagi di lebaran yang lain.
Sekian.

4 comments:

MABZ said...

x bosan pon!!!best ar bce blog ko...aku sebagai wakil pembaca blog berharap agar ko dpt selalu update blog ko..sekian..

Azalia Azhar said...

haha. betul aa. best.
:P

namirayaxxid said...

Imran. Aku sbg pngikut setia blog kau ingin memuji kebolehanmu menggukan Bahasa Malaysia dengan tepat, padat dan mutakhir.
Oleh itu, sila Update kan blog anda sekerap mungkin kerana kami, pembaca blog anda, setia menanti.

Salam Bebeh,
Namira.

Arif said...

best..
agak kreatif dan mempunyai unsur suspens..
syabas!
teruskan usaha anda..
semoga dpt nombor 1 dlm klas..